Soalan Lazim Pemohon

Bagaimana saya mencari jawatan?

Di laman utama pada laman Careers (Kerjaya), skrol ke bawah kepada Search Jobs (Cari Pekerjaan). Pilih kriteria carian (lokasi, bidang kerja, jenis kerja, jadual kerja, dll.) dan anda akan ditunjukkan dengan peluang pekerjaan yang sepadan dengan kriteria anda. Untuk melihat deskripsi jawatan, klik pada nama jawatan dalam hasil carian. Perhatian: Sekiranya tiada apa yang ditunjukkan apabila anda melakukan carian, ia bermakna tiada kekosongan semasa di lokasi geografi pilihan anda dan/atau dalam kriteria carian yang anda pilih.

Bagaimana saya boleh memohon jawatan?

Pertama sekali, semak deskripsi kerja yang anda berminat untuk memohon dan pastikan anda memenuhi semua keperluan untuk jawatan tersebut. Kemudian, klik pada bebutang Apply Online (Mohon Dalam Talian), cipta profil anda dan lengkapkan borang permohonan, atau log masuk ke dalam akaun profil sedia ada dan kemas kini maklumat anda. Lengkapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk menyerahkan permohonan anda.

Bagaimana jika saya terlupa nama pengguna/kata laluan?

Sekiranya anda terlupa nama pengguna/kod laluan, pergi ke profil Sign In (Daftar Masuk). Semak dan terima Persetujuan Privasi. Pilih pautan Forgot your user name? (Terlupa nama pengguna anda) atau Forgot your password? (Terlupa kata laluan anda) seperti yang diperlukan dan ikuti arahan yang diberikan. Setelah anda menerima kata laluan sementara, anda dinasihatkan untuk memasukkan maklumat tersebut secara manual ke dalam medan kod laluan dan bukannya dengan menyalin dan menampal maklumat tersebut, ini adalah untuk mengelakkan sebarang ruang kosong tambahan daripada turut termasuk. Di samping itu, apabila digesa pada skrin untuk memasukkan "Old Passcode" (Kod Laluan Lama) anda, pastikan anda memasukkan kod laluan sementara ke dalam medan tersebut.

Bolehkah saya menyerahkan resume melalui e-mel atau secara peribadi?

Jawatan yang disiarkan pada Iaman Ingersoll Rand Careers melalui proses pengambilan elektronik kami. Resume hanya diterima untuk jawatan tersebut melalui laman Careers kami dengan mengklik Apply/Apply Online (Memohon/Memohon Dalam Talian), mencipta profil atau melog masuk ke dalam akaun profil sedia ada, dan melengkapkan permohonan tersebut.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status kemas kini permohonan saya?

Status permohonan anda boleh dilihat dengan melog masuk ke dalam profil anda dan melihat My Submissions (Penyerahan Saya). Daftar masuk ke laman Ingersoll Rand Careers, pilih tab My Jobpage (Halaman kerja Saya) dan pilih My Submissions.

Bagaimanakah saya boleh melihat senarai permohonan yang telah saya kemukakan?

Sama seperti melihat status permohonan anda, anda boleh melihat permohonan pekerjaan yang telah diserahkan, penyiaran/pengumuman pekerjaan yang anda simpan untuk dilihat kemudian dan carian pekerjaan yang telah disimpan untuk membantu anda mencari kekosongan yang ada di laman Carreers kami. Setelah anda melog masuk, anda boleh mengakses tab My Jobpage untuk melihat permohonan yang anda telah kemukakan sebelum ini (Draft, Completed atau Withdrawn - Draf, Selesai atau Ditarik balik). Anda boleh memilih untuk menyiapkan draf dan serah atau menarik balik permohonan yang telah diserahkan sebelum ini.

Komputer saya tiba-tiba terhenti, apa yang saya boleh lakukan untuk melengkapkan permohonan saya?

Ini mungkin disebabkan oleh terlalu banyak program dijalankan pada masa yang sama. Kami mengesyorkan anda menutup semua tetingkap pelayar web Internet anda dan apa-apa aplikasi lain yang anda mungkin telah buka dan memulakan semula komputer anda.

Bolehkah saya menyerahkan resume dan kelayakan saya tanpa memohon sesuatu jawatan?

Anda tidak dikehendaki untuk memohon jawatan yang tertentu. Sekiranya anda tidak menjumpai peluang pekerjaan yang anda minat, anda boleh menghantar profil anda dengan hanya melog masuk dan klik Access My Profile (Akses Profil Saya). Ikuti arahan untuk mencipta/mengemaskini profil anda. Sekiranya anda memilih untuk jawatan terbuka memohon kemudian (open position apply later), maklumat profil anda akan disimpan.

Adakah saya akan dipertimbangkan untuk jawatan lain apabila memohon jawatan tertentu?

Ya, sekiranya anda telah membuat profil, kedua-dua profil calon dan resume anda akan disimpan dalam pangkalan data kami dan akan tersedia kepada jabatan Sumber Manusia untuk dipertimbangkan bagi jawatan kosong yang lain jika diingini. Di Eropah, data peribadi calon / pemohon luar akan dihapuskan selepas enam (6) bulan jika tiada aktiviti pengguna di portal pekerjaan Ingersoll Rand. Pemohon luar mempunyai hak untuk meminta data peribadi mereka dipadamkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam ayat sebelum ini. Pencari pekerjaan warga Eropah boleh mengetahui dengan lebih lanjut dengan melihat "Peraturan Perlindungan Data Am" (terjemahan dalam). Calon yang memohon pekerjaan di Kawasan Ekonomi Eropah akan dimaklumkan bahawa Ingersoll Rand Plc. memproses data peribadi mereka bagi pihak Syarikat Ingersoll Rand Eropah yang mempunyai kekosongan. Untuk proses permohonan dalam talian Ingersoll Rand Plc. menggunakan perkhidmatan penyedia perkhidmatan pengambilan luar di Amerika Syarikat yang menyimpan dan memproses data bagi pihaknya. Pembekal khidmat ini adalah Perisai Privasi yang disahkan.

Berapa kerap saya boleh / perlu mengemas kini profil saya?

Sebaik sahaja anda mewujudkan profil di laman web kami, anda boleh mengakses profil anda pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat perubahan dalam kemahiran anda atau sejarah pekerjaan, anda boleh log masuk dan klik pada pautan Access My Profile untuk membuat kemas kini.

Apa yang berlaku kepada resume saya selepas ia diserahkan?

Setelah diserahkan, resume anda memasuki sistem penjejakan calon kami. Alat ini menyediakan kumpulan bakat terpusat kepada kami dan berfungsi sebagai hentian pertama bagi jabatan Sumber Manusia, yang berusaha untuk mengenal pasti calon bagi jawatan kosong yang tertentu.

Adakah saya akan mendapat respons daripada jabatan Sumber Manusia apabila saya mengemukakan resume saya melalui laman Ingersoll Rand Careers?

Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan untuk peranan tersebut dan dianggap sebagai salah seorang calon yang kuat, jabatan Sumber Manusia akan menghubungi anda untuk menyelaraskan langkah seterusnya dalam proses pemilihan. Disebabkan bilangan resume yang diterima, jabatan Sumber Manusia tidak mampu untuk memberi respons kepada semua yang memohon. Anda boleh menjejaki status permohonan anda dengan melog masuk dan mengakses tab My Jobpage untuk melihat permohonan anda yang terdahulu.

Bolehkah saya memohon pekerjaan secara langsung daripada media sosial (Facebook, LinkedIn, dll.)?

Ya, apabila anda klik pada pautan pekerjaan itu, ia akan mengarahkan anda ke peranan/tugas di laman web Careers kami di mana anda boleh memohon pekerjaan tertentu yang anda berminat.

Saya tidak dapat memuat naik resume saya ke laman Ingersoll Rand Careers, apa yang tidak kena?

Laman Ingersoll Rand Careers tidak boleh memuat naik fail yang melebihi had yang diperuntukkan iaitu 1,024 kilobait. Di samping itu, alat carian yang digunakan oleh jabatan Sumber Manusia untuk mencari resume dan profil calon yang tersedia tidak akan dapat menganalisis kandungan beberapa jenis fail yang dilampirkan seperti fail imej (.jpeg, .png, dll) dan fail termampat (.zip). Pastikan anda menyemak saiz dan format fail anda dan sesuaikan dengan sewajarnya sebelum cuba memuat naik.

Apakah pelayar web yang serasi dengan laman Careers Ingersoll Rand?

Untuk hasil terbaik, gunakan salah satu daripada pelayar web berikut semasa mengakses laman Careers kami; Internet Explorer 8; Firefox (v7); Safari (v5.1); Google Chrome (V15).

Saya masih mengalami isu dengan permohonan melalui laman Careers Ingersoll Rand, bagaimanakah saya boleh melaporkan isu tersebut dan mendapatkan bantuan?

Sekiranya Soalan Lazim di atas tidak dapat menyelesaikan isu anda, anda boleh melaporkan isu anda di laman Careers kami. Hantarkan mesej menggunakan borang Contact Us (Hubungi Kami): http://company.ingersollrand.com/ircorp/en/contact/contact-us-careers.html. Sila berikan maklumat yang tepat berkenaan isu yang anda alami. Ini akan membantu kami menentukan rancangan yang terbaik untuk membantu anda.

Job Search

Join Our Social Networks!

Get news about careers and everyday life at Ingersoll Rand.

  • Facebook logo
  • Twitter logo
  • LinkedIn logo
  • GlassDoor logo

We are an equal opportunity employer, dedicated to hiring a diverse workforce; including minorities, females, individuals of all sexual orientations and gender identities, individuals with disabilities, and United States qualified protected veterans.


If you are a person with a disability and need assistance applying for a job, please submit a request.